Search
Close this search box.
Datuk Hamzah Ahmad menunjukkan dadah jenis ganja yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di George Town, hari ini. Foto TVS

Polis cekup seorang lelaki bersama 99.8 kg ganja bernilai RM309,000

ByTVS

GEORGE TOWN, 18 Jun: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas memberkas seorang lelaki bersama hampir 100 kilogram (kg) dadah disyaki ganja bernilai RM309,000 dalam serbuan di bandar raya ini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, serbuan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut itu bermula apabila polis menahan suspek warga tempatan berusia 46 tahun di tempat letak motosikal pada kira-kira pukul 1 tengah hari.

Katanya, polis menemui dua ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja seberat 1,966 gram (g) bernilai RM6,000 dipercayai sedang untuk diedarkan oleh lelaki yang menganggur itu.

“Hasil pandu arah suspek ke atas sebuah kereta yang diparkir di kawasan sama, polis kemudian menemui 98 ketulan mampat disyaki ganja seberat 97,906 g bernilai RM303,000 di dalam empat kotak plastik berwarna merah di tempat duduk belakang.

“Dadah tersebut dianggarkan dapat digunakan oleh kira-kira 200,000 orang penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Tambah Hamzah, siasatan lanjut mendapati, kegiatan oleh sindiket tersebut telah bergiat aktif sejak awal bulan ini.

“Hasil saringan air kencing turut mendapati suspek yang memiliki 12 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah itu positif dadah amphetamine, methamphetamine dan THC.

“Suspek direman selama seminggu bermula 15 Jun sehingga 21 Jun ini bagi siasatan lanjut selain polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Camry bernilai RM7,000,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan