Search
Close this search box.
Penumpang hadapan sebuah kereta maut, manakala pemandunya cedera dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 155.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Sungai Bakap di sini hari ini. Foto JBPM

Penumpang kereta maut, pemandu cedera dalam kemalangan dengan bas

ByTVS

NIBONG TEBAL, 18 Jun: Seorang penumpang terkorban, manakala pemandu cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 155.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Sungai Bakap di sini hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap, Mohd Safi@Roslan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.36 sebelum anggotanya bergegas ke lokasi.

Ujar beliau, sebaik tiba, bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Gen-2 dengan bas yang sedang membawa penumpang menuju arah utara.

“Penumpang hadapan iaitu lelaki berusia 30 tahun tersepit dan bomba mengambil masa kira-kira 20 hingga 25 minit untuk mengeluarkannya, manakala pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi.

“Pemandu kereta iaitu lelaki berusia 40 tahun mengalami kecederaan pada muka dan telah dibawa ke hospital sebelum kehadiran pihak bomba,” katanya kepada pemberita hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan