Search
Close this search box.
Bursa Malaysia terus menerima suntikan dana oleh pelabur asing bagi minggu kedua berturut-turut. Foto fail Bernama

Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Bursa Malaysia terus menerima suntikan dana oleh pelabur asing bagi minggu kedua berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM202.4 juta minggu lepas, berbanding aliran masuk bersih RM535.0 juta pada minggu sebelumnya, kata menurut MIDF Research.

Dalam laporan aliran dana mingguannya, cabang penyelidikan Amanah Investment Bank Bhd itu berkata pelabur asing mencatat belian bersih sebanyak RM10.7 juta pada Isnin diikuti RM135.1 juta pada Selasa dan RM197.4 juta pada Khamis lepas.

Mereka melakukan penjualan bersih RM82.7 juta pada Rabu dan RM58.1 juta pada Jumaat.

MIDF Research berkata sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi pada minggu lepas adalah utiliti sebanyak RM240.8 juta, produk dan perkhidmatan perindustrian (RM142.8 juta) serta teknologi (RM100.8 juta).

“Sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi pula adalah perkhidmatan kewangan (-RM330.9 juta), perladangan (-RM126.2 juta) dan telekomunikasi serta media (-RM77.2 juta),” katanya.

Dalam pada itu, institusi tempatan meneruskan aliran jualan bersih selama dua minggu berturut-turut, walaupun pada jumlah lebih rendah iaitu RM25.9 juta atau penurunan 91 peratus berbanding minggu sebelumnya.

“Meskipun mencatat belian bersih selama tiga hari, dua hari jualan bersih pada Selasa dan Khamis berjumlah RM129.1 juta, ini sudah memadai untuk mengimbangi jumlah bersih belian.

“Peruncit tempatan misalnya secara konsisten menjual ekuiti domestik selama dua minggu berturut-turut berjumlah RM176.5 juta. Jualan ini berlaku setiap hari kecuali Rabu (RM29.1 juta) dan Jumaat (RM37.5 juta),” katanya.

Dari segi penyertaan, MIDF Research berkata pelabur runcit mengalami peningkatan dalam purata jumlah dagangan harian sebanyak 26.9 peratus iaitu institusi tempatan sebanyak 14.1 peratus manakala pelabur asing susut sebanyak 4.8 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan