Search
Close this search box.
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akur dengan ketiadaan pemanah lelaki negara pada pentas Olimpik di Paris, 26 Julai hingga 11 Ogos ini. Foto hiasan Envato

NAAM akur tiada wakil memanah lelaki di Olimpik 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) akur dengan ketiadaan pemanah lelaki negara pada pentas Olimpik di Paris, 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Hal itu selepas tiga wakil negara terkandas pada pusingan awal recurve individu dan berpasukan lelaki kejohanan Kelayakan Olimpik Akhir ArcheryInParis di Antalya, Turkiye yang berakhir semalam.

Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) Datuk Abdul Hamid Hasan berkata keputusan itu sememangnya sudah dijangka memandangkan pihaknya menghantar rata-rata atlet pelapis bagi menimba pengalaman.

“Pasukan lelaki dan perempuan yang kita hantar kebanyakannya atlet pelapis jadi bila tak layak itu kita dah jangka tetapi mereka dah cuba terbaik. Nasib tidak menyebelahi mereka (skuad lelaki) apabila tewas kepada pasukan Indonesia yang kita tahu sememangnya kuat.

“Ini pertama kali mereka pergi bagi kejohanan kelayakan jadi kita akur terima keputusan itu, namun sasaran untuk skuad ini kekal untuk layak pada temasya Olimpik seterusnya (Los Angeles 2028),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Pada kejohanan tersebut, skuad kebangsaan dibarisi Muhammad Zarif Syahiir Zolkepeli, Muhammad Danish Amsyar Norazlan dan Muhammad Syafiq Busthamin terkandas pada pusingan awal acara berpasukan selepas tewas kepada Indonesia 0-6, sebelum masing-masing turut kecundang dalam acara individu.

Malaysia sebelum ini tidak pernah terlepas daripada mempunyai wakil pemanah lelaki di Sukan Olimpik dalam acara individu atau berpasukan sejak edisi Beijing 2008.

Jumaat lepas, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Syaqiera Mashayikh mencipta sejarah apabila muncul sebagai pasukan recurve wanita negara julung kali layak ke Sukan Olimpik selepas mara ke final kejohanan tersebut.

Mereka tewas tipis 4-5 kepada trio China, Yang Xiaolei, Li Jiaman dan An Qixuan sekali gus membawa pulang pingat perak.

Sebelum ini, Ariana Nur Dania meraih tiket ke Paris dalam recurve individu wanita selepas memenangi pingat emas Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, November lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan