Search
Close this search box.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ditemui selepas majlis pelancaran Kilang Korporat Malaysia CHERY di Shah Alam hari ini. Foto Bernama

Malaysia terbuka sertai blok ekonomi BRICS, bawa manfaat ekonomi

ByBernama

SHAH ALAM, 18 Jun: Malaysia terbuka untuk menyertai blok ekonomi organisasi antara kerajaan, Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) yang boleh membawa pelbagai manfaat ekonomi kepada negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Organisasi BRICS juga, kata beliau, dilihat berkembang dengan lancar pada masa ini dengan beberapa negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir juga telah menyertainya.

“Kita akan tunggu untuk mulakan perbincangan selanjutnya mengenai BRICS seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya selepas melancarkan kilang pemasangan Chery Malaysia di sini, hari ini.

Anwar pada Isnin menyatakan bahawa Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai blok ekonomi BRICS tidak lama lagi.

BRICS yang ditubuhkan pada 2009, berperanan sebagai platform kerjasama untuk ekonomi sedang pesat membangun yang merangkumi Brazil, Rusia, India dan China manakala Afrika Selatan menyertai kumpulan ini pada 2010.

Malah, BRICS kini menyumbang satu perempat daripada ekonomi global, merangkumi satu perlima daripada perdagangan global dengan populasi mewakili kira-kira 40 peratus penduduk dunia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan