Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerah sepenuhnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Malaysia mahu menyertai BRICS. Foto fail TVS

Malaysia sertai BRICS: Abang Johari serah keputusan kepada Anwar

KUCHING, 18 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan keputusan tentang cadangan Malaysia menyertai BRICS kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abang Johari berkata dengan cadangan Anwar menyertai BRICS (blok ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) mungkin negara ini akan mendapat manfaat yang besar daripada blok itu.

Ini berikutan blok itu disertai dua negara Asia – China dan India – yang berpengaruh besar dalam ekonomi.

“Saya difahamkan mereka mempunyai satu pendekatan bersama dalam menguruskan ekonomi yakni setiap negara anggota mempunyai kelebihan masing-masing dan mereka juga mahu mewujudkan ‘common currency.’

“Terpulang kepada kerajaan pusat sama ada Malaysia sertai atau tidak, tetapi kalau Malaysia sertai, memandangkan lokasi Malaysia terletak di tengah-tengah, kita ikutlah dasar perdagangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar yang akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai BRICS tidak lama lagi.

Memetik laporan Sputniknews dalam wawancara bersama pengasas media China Guancha, Li Shimo di Beijing, China, Anwar berkata Malaysia telah menjelaskan dasar negara dan akan memulakan proses rasmi tidak lama lagi.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China.

BRICS kini menyumbang satu perempat daripada ekonomi global, merangkumi satu perlima daripada perdagangan global, dengan populasi sekitar 40 peratus penduduk dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan