Search
Close this search box.
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 2,508 kes dari 2 Jun hingga 8 Jun lepas berbanding 2,522 kes pada minggu sebelumnya. Foto hiasan Envato

Kes demam denggi menurun pada ME23, tiada kematian

ByKimberly Dickson

KUCHING, 18 Jun: Jumlah kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 2,508 kes dari 2 Jun hingga 8 Jun lepas berbanding 2,522 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23).

“Kumulatif kes yang dilaporkan sehingga ME23 adalah 67, 137 kes berbanding 51,331 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Manakala terdapat 48 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 37 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME23 adalah 71 lokaliti berbanding 74 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata 53 lokaliti di Selangor, tujuh lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, empat lokaliti di Kedah, tiga lokaliti di Perak, dua lokaliti Pulau Pinang, satu lokaliti di Negeri Sembilan dan satu lokaliti di Sarawak.

Dr Muhammad Radzi berkata bagi survelan chikungunya, terdapat tiga kes direkodkan namun tiada wabak Chikungunya pada ME23 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 34 kes.

Bagi survelan zika, beliau berkata 1,149 sampel darah, enam sampel urin dan dua sampel cairan tulang belakang telah dijalankan saringan zika, dan hasil kesemuanya adalah negatif.

Beliau menasihatkan orang awam supaya bergotong-royong bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes secara berkala termasuk mengitar semula atau melupuskan barang lusuh yang tidak terpakai yang berpotensi menjadi tempat nyamuk Aedes. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan