Search
Close this search box.
Pekerja perbandaran membersihkan jalan yang terhalang oleh pokok yang tumbang semasa hujan lebat di Sonsonate, El Salvador. Foto AFP

Hujan lebat di El Salvador ragut 11 nyawa, 880 terpaksa berpindah

ByBernama

SAN SALVADOR, 18 Jun: Hujan lebat yang melanda El Salvador sejak Jumaat meragut 11 nyawa manakala lebih 880 penduduk terpaksa berpindah, menurut Suruhanjaya Perlindungan Awam Negara pada Isnin.

Pengarah Sistem Perlindungan Awam Negara, Luis Alonso Amaya memberitahu sidang media bahawa tiga daripada mangsa merupakan kanak-kanak, lapor Xinhua.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Juan Carlos Bidegain berkata 117 pusat perlindungan sedia ada mampu menampung sehingga 6,400 orang.

Ketika ini, sebanyak 34 pusat perlindungan telah beroperasi, menyediakan tempat tinggal untuk 882 mangsa banjir termasuk 443 dewasa dan 439 kanak-kanak.

Dewan Perundangan mengisytiharkan darurat selama 15 hari pada Ahad, kata Bidegain.

Kerajaan tempatan memaklumkan sebanyak 42 kejadian tanah runtuh direkodkan setakat ini.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan