Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penyelarasan gaji baharu penjawat awam Sarawak masih menunggu perincian gaji baharu penjawat awam Persekutuan. Foto Faitullah Morni (TVS)

Gaji baharu penjawat awam Sarawak tunggu perincian gaji penjawat awam Persekutuan

KUCHING, 18 Jun: Gaji penjawat awam Sarawak yang baharu akan diselaraskan berpandukan perincian kadar gaji baharu penjawat awam Persekutuan bakal diketahui hujung tahun ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perincian mengenai kadar baharu gaji penjawat awam Persekutuan belum diterima pihaknya memandangkan ia perlu dibentangkan dalam Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat sebelum hujung tahun ini.

“Walaupun kita sebenarnya sudah bersedia tetapi kita tidak ada perinciannya (kadar baharu gaji Persekutuan) kerana perkara itu kelak akan diumumkan pada sesi pembentangan belanjawan hujung tahun kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 2024 anjuran Jabatan Premier Sarawak serta Majlis Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan Kerajaan (MAKSAK) Sarawak di Wisma SABATI di sini, hari ini.

Pada 15 Mei lepas, Abang Johari ketika membentangkan ucapan penggulungannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkata, kerajaan akan mengumumkan pelarasan gaji bagi penjawat awam Sarawak.

Awal bulan Mei lalu, Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan gaji lebih 13 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

Selain itu, pendapatan keseluruhan penjawat awam meliputi gaji dan elaun tetap mesti melebihi RM2,000 sebulan bermula tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan