Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS

Cadangan bina pusat tinju di Sri Aman dipertimbangkan

ASAJAYA, 18 Jun: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) akan mempertimbangkan cadangan untuk membina pusat sukan tinju di Sri Aman.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata peminat sukan berkenaan yang kebanyakannya terdapat di bahagian berkenaan menjurus kepada keputusan MYSED untuk menjadikan ia sebagai tuan rumah acara tinju Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

“Sebab itulah untuk sukan SUKMA saya letakkan acara sukan SUKMA tinju di Sri Aman kerana saya tahu memang ramai peminat sukan itu di Sri Aman.

“Kita akan mempertimbangkan cadangan Datuk Francis Harden (ADUN Simanggang) agar Sri Aman dijadikan pusat kecemerlangan sukan tinju agar dapat mencungkil lebih ramai lagi petinju-petinju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Korban Aidiladha di Kampung Asajaya Ulu di sini, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi Dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis mencadangkan agar pusat sukan tinju dibina di bahagian itu.

Malah menurut Francis, pihaknya sudah mengenal pasti tanah seluas empat ekar di Kompleks Sukan Sri Aman bagi tujuan pembinaan pusat berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan