Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah menyatakan hasrat untuk menyertai BRICS. Foto fail Bernama

Anwar nyatakan hasrat Malaysia sertai BRICS kepada Presiden Brazil

ByBernama

BUKIT MERTAJAM, 18 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan telah menyatakan hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Sehubungan itu, beliau berkata Malaysia akan melalui proses-proses untuk memungkinkan negara menyertai organisasi antara kerajaan itu.

“BRICS, sejak dua bulan lalu, ia telah diangkat supaya Kementerian Luar buat kajian yang keputusan dasar kita untuk menyertai BRICS. Kita akan melalui proses untuk memungkinkan kita untuk menyertai BRICS.

“Saya sendiri telah bercakap dengan Presiden Brazil tentang hasrat yang sedemikian,” kata Anwar kepada pemberita selepas menghadiri kenduri sempena Raya Aidiladha kenalan lama beliau Hamzah Mat Isa di Mengkuang Semarak dekat sini, hari ini.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.

Pada Januari 2024 pula, negara Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyertai organisasi itu sebagai ahli baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan