Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban bagi kawasan DUN Gedong 2024 di Gedong, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari menghadiri Majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban di Gedong

ByNur Suhaida Muliyono

GEDONG, 18 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menghadiri Majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong 2024.

Beliau tiba di pekarangan Masjid Al-Kawthar Kampung Gedong sekitar jam 3.15 petang diiringi beberapa tetamu kenamaan yang lain.

Kemudian beliau menyerahkan 23 ekor lembu kepada wakil penerima iaitu Pemanca Melayu Daerah Gedong, Abang Ronee Abang Sa’adili.

Lembu-lembu berkenaan merupakan sumbangan Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong sebanyak sembilan ekor, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee menyumbang enam ekor dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Samarahan (LAKIS) pula menyumbang lapan ekor.

Lembu-lembu tersebut akan diagihkan mengikut senarai pecahan iaitu kepada Surau Assyikirin, Surau Darul Madinah, Surau Nurul Islam, Surau Darul Islam, Surau Assobirin, Surau Nur Addin, Badan Kebajikan Islam (BAKIS), Surau Nurul Hidayah, Surau Darul Ibadah, Surau At Taibin, Surau Al Muttaqin, Kampung Lot Fasa 2 dan Kampung Datu Muai serta Madrasah Tahfiz An Nur bagi Kampung Gedong – Proper.

Bagi Luar Gedong Proper, Kampung Gumpey, Kampung Lubuk Buntin, Kampung Sungai Ba/Tanjung Tanglung/Lubuk Shamsu, Kampung Haji Baki/Arjuna, Kampung Ensengei dan Pusat Khidmat N26 masing-masing menerima seekor lembu.

Manakala Kampung Lubuk Punggor dan Kampung Sibau Rembau/Ulu Simunjan pula masing-masing menerima dua ekor lembu.

Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Rodiyah Sapiee, ADUN Simunjan Awla Dris, wakil khas Premier Sarawak di Gedong, Dato Sri Naroden Majais dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan