Search
Close this search box.
Sebanyak 50 peratus daripada 31,600 jemaah haji Malaysia menyempurnakan ibadah masing-masing pada Selasa. Foto TVS

50 peratus jemaah haji Malaysia selamat sempurnakan ibadah haji

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 18 Jun: Sebanyak 50 peratus daripada 31,600 jemaah haji Malaysia berjaya menyempurnakan ibadah masing-masing pada Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata mereka menyempurnakan ‘nafar awwal’ iaitu melontar jamrah lebih awal pada dua daripada tiga hari ‘tasyrik’.

“Alhamdulilah pada hari ini sebahagian besar jemaah haji Malaysia menyempurnakan ‘nafar awwal’ dan mereka akan mula bergerak ke Mekah menaiki bas untuk membuat persediaan pulang dengan penerbangan pertama 24 Jun ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata segala proses melontar bagi semua jemaah haji terutama dari Malaysia berjalan lancar setakat ini.

Menurut Mohd Na’im sebahagian lagi jemaah pula akan melaksanakan ‘nafar thani’ iaitu melontar bagi ketiga-tiga hari ‘tasyrik’ sehingga esok, 19 Jun (13 Zulhijah).

Hari ‘tasyrik’ merujuk kepada hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijah mengikut kalendar Islam Hijrah.

Melontar merupakan perkara wajib haji keenam selepas bermalam (bermabit) di Mina pada malam 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Jemaah haji Malaysia sebelum ini bergerak ke Arafah secara berperingkat bermula pagi 8 Zulhijah 1445H bersamaan 14 Jun lepas untuk berwukuf di Arafah iaitu merupakan kemuncak haji pada 9 Zulhijah yang jatuh pada 15 Jun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan