Search
Close this search box.
Zainal Abidin Abdullah melapah daging korban di pekarangan Wisma Sumber Alam, Kuching, hari ini. Foto TVS

220 asnaf terima daging korban pemberian PUSAKA

KUCHING, 18 Jun: Seramai 220 orang golongan asnaf menerima sumbangan daging korban daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) serta anak syarikatnya.

Pengurus Besar PUSAKA, Zainal Abidin Abdullah berkata, aktiviti ibadah korban serta sumbangan tersebut merupakan aktiviti tahunan PUSAKA bagi mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Kami mengorbankan enam ekor lembu dan akan diagihkan kepada golongan-golongan asnaf tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis ibadah korban PUSAKA di pekarangan Wisma Sumber Alam di sini, hari ini.

Seramai 100 kakitangan PUSAKA terlibat dalam aktiviti berkenaan yang dianjurkan jawatankuasa surau PUSAKA.

Ibadah tersebut dimulakan dengan penyembelihan enam lembu sebelum ia dilapah untuk diagihkan kepada para penerima.

Majlis berkenaan dan aktiviti ibadah korban ini merupakan aktiviti kali ke-16 yang anjuran PUSAKA. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan