Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Ibadah Korban Surau Wakaf Taman Indah Bandar Baru Samariang hari ini. Foto Mohd Raffiq (TVS)

Sarawak pelajari cara bangunkan sektor perlombongan dengan Kanada – Awang Tengah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 17 Jun: Lawatan kajian teknikal industri perlombongan di British Columbia, Kanada oleh delegasi Sarawak baru-baru ini adalah untuk mempelajari cara membangunkan sektor berkenaan di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sektor perlombongan di Kanada merupakan sektor ekonomi yang agak besar serta menyumbang tidak kurang daripada 20 peratus kepada hasil dalam negeri kasar (GDP) negara itu, selain mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak.

“Dari segi pengurusan dan operasi, mereka (Kanada) melaksanakannya dengan berpandukan kepada kelestarian. Mereka bukan sahaja memikirkan kepentingan alam sekitar itu sendiri, tetapi juga berhubung dengan kepentingan air dan biodiversiti yang ada.

“Sudah tentu, apa yang dapat kita pelajari adalah bagaimana ia dapat memberi impak kepada rakyatnya melalui program-program yang mereka cuba laksanakan untuk memberi faedah kepada masyarakat, terutamanya komuniti pribumi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Ibadah Korban Surau Wakaf Taman Indah Bandar Baru Samariang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Pada majlis itu, Awang Tengah berkata, surau tersebut menerima sebanyak 20 ekor lembu bagi pelaksanaan program korban yang diadakan pada hari ini dan esok.

“Hari ini, di kawasan ini terdapat sebanyak 15 ekor lembu (untuk program korban) dan esok ada lima ekor lagi yang mana daging korban itu kemudiannya akan diagih-agihkan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan