Search
Close this search box.

Sarawak dijangka miliki nilai mineral melebihi RM1.25 trilion – Awang Tengah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 17 Jun: Sarawak dijangka memiliki nilai mineral mencecah lebih daripada RM1.25 trilion, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua berkata, jumlah tersebut adalah berdasarkan laporan survei yang dilakukan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak yang hanya meliputi 32 peratus daripada jumlah keseluruhan kawasan tanah yang ada di negeri ini.

“Kita akan teruskan lagi untuk membuat proses geomapping, yang mana jika tidak melibatkan seluruh Sarawak, namun sekurang-kurangnya (menambah) 30 peratus lagi daripada jumlah kawasan tanah negeri ini.

“Jabatan geologi telah membuat survei tersebut dan mendapati bahawa pada masa ini, kita mempunyai nilai mineral yang dianggarkan lebih daripada RM1.25 triliun. Oleh itu, kita mahu membangunkan industri mineral ini selain daripada industri minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Ibadah Korban Surau Wakaf Taman Indah Bandar Baru Samariang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, Sarawak menumpukan salah satu daripada bidangnya menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 iaitu sektor perlombongan.

“Sektor perlombongan kita di sini (Sarawak) masih belum begitu dibangunkan dan dari segi survei juga belum menyeluruh.

“Justeru, kita mahu membangunkannya bukan sahaja dalam industri huluan (upstream), tetapi juga dalam peringkat industri ‘midstream’ dan industri hiliran (downstream),” ujarnya.

Terdahulu, Awang Tengah telah mengetuai delegasi Sarawak dalam lawatan kajian teknikal industri perlombongan di British Columbia, Kanada.

Lawatan itu merupakan penanda aras bagi amalan terbaik Kanada dalam pembangunan dan pengurusan industri perlombongan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan