Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan upacara penyembelihan korban sempena Hari Raya Aidiladha di Dewan Hikmah, Kuching, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Sarawak akan umum kaedah kawal harga lembu

BySalasiah Safian

KUCHING, 17 Jun: Sarawak telah mengenal pasti kaedah untuk mengawal harga lembu dan haiwan lain agar tidak terlalu mahal.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan mengumumkan perkara tersebut setelah tiba masa sesuai kelak.

“Semalam (Ahad) saya di Gedong, dan ketika di sana saya ada mempunyai (menemui) satu cara untuk tahun hadapan yakni kita boleh mengawal harga lembu dan haiwan-haiwan lain untuk korban.

“Biar saya umumkan kemudian,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Aidiladha anjuran Majlis Islam Sarawak 1445H anjuran Majlis Islam Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata untuk ibadah korban pada tahun ini sebanyak 1,240 haiwan terutamanya lembu dikoerbankan.

Menurutnya, ia membayangkan bahawa masyarakat Islam di Sarawak masih mampu untuk melaksanakan ibadah tersebut meski harganya agak tinggi.

“Saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh masyarakat Islam di Sarawak dan perayaan kita hari ini nampaknya dalam keadaan yang baik, dalam keadaan yang aman.

“Saya telah difahamkan banyak surau-surau kita, masjid-masjid kita serta majlis korban dilaksanakan,” katanya.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Sekitar 5,000 penduduk Kuching menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan