Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 450 bungkusan daging korban siap diagihkan penduduk sekitar kawasan berhampiran ibu pejabat kedutaan di kawasan Kuningan, Jakarta Selatan. Foto David Andreas (TVS)

Sambut Aidiladha dengan meriah, rakyat Malaysia di Jakarta agih 450 bungkusan daging korban

ByTVS

JAKARTA, 17 Jun: Rakyat Malaysia di Jakarta berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha dengan mengagihkan 450 bungkusan daging korban tahun ini.

Sekurang-kurangnya empat ekor lembu dan 10 ekor biri-biri telah disembelih dalam majlis ibadah korban yang diadakan di Kedutaan Malaysia di sini.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin, aktiviti mengagihkan daging korban itu adalah untuk memupuk hubungan baik antara diaspora Malaysia dan penduduk setempat.

“Kami berharap majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara kami dan penduduk setempat, sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada semangat kebersamaan,” katanya.

Menurutnya, dengan mengagihkan hasil ibadah korban ini, kita dapat mengesahkan kewujudan diaspora Malaysia yang dapat memberi manfaat yang mengeratkan hubungan baik dengan rakyat Indonesia.

Sebelum ini, aktiviti hari ini dimulakan dengan majlis doa selamat pagi yang dihadiri hampir 400 orang diaspora termasuk kakitangan kedutaan, peniaga, dan pelajar dari Malaysia.

450 bungkusan daging korban diagihkan ke penduduk sekitar kawasan berhampiran ibu pejabat kedutaan di kawasan Kuningan, Jakarta Selatan termasuk ke Kampong Pemulung (pengutip sampah). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan