Search
Close this search box.
Seorang wanita di sebuah institusi swasta di sini kerugian RM13,750 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan untuk mendapatkan wang sampingan dengan cara membuat tugasan kerja di dalam Youtube. Foto hiasan Envato

Penuntut wanita rugi RM13,750, terpedaya tawaran kerja sambilan dalam talian

SIBU, 17 Jun: Seorang penuntut wanita di sebuah institusi swasta di sini kerugian RM13,750 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan untuk mendapatkan wang sampingan dengan cara membuat tugasan kerja di dalam Youtube.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, berdasarkan laporan, mangsa berusia 20-an itu telah dimasukkan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Ho Siew Ming’ ke dalam satu kumpulan Whatsapp atas nama ‘Millennium Portfolios Event A13’ pada 15 Jun lalu.

Katanya, mangsa kemudian memberi maklumat peribadi dan akaun bank ‘Touch N Go’ miliknya kepada suspek untuk tujuan dokumentasi dan pengesahan.

“Seterusnya, suspek telah mengarahkan mangsa untuk menekan pautan (https:iit.me/Joyce_WB) bagi tujuan membuat tugasan yang diberikan dan dikehendaki menekan butang subscribe ‘Nike & Adidas’ dengan dijanjikan akan mendapat keuntungan sebanyak RM100.

“Suspek juga memaklumkan kepada mangsa sekiranya ingin mendapat keuntungan sebanyak RM40,000, mangsa dikehendaki membuat tugasan seterusnya dengan memasukkan wang sebanyak RM20,000,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, mangsa telah membuat lima pindahan wang berjumah RM13,750 kepada empat akaun tempatan yang berlainan.

“Mangsa berasa tertipu dengan tawaran terbabit kerana tidak menerima keuntungan dan komisen yang dijanjikan sehingga laporan polis dibuat pada 16 Jun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana menipu.” katanya.

Zulkipli berkata, pihaknya menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan