Search
Close this search box.
Seorang nelayan warga emas berusia 72 tahun yang terkandas di laut selepas mengalami kerosakan enjin ditemukan selamat dalam jarak dua batu nautika dari Kuala Mukah hari ini. Foto JBPM

Nelayan warga emas terkandas di laut akibat kerosakan enjin ditemukan selamat

MUKAH, 17 Jun: Seorang nelayan warga emas berusia 72 tahun yang terkandas di laut selepas mengalami kerosakan enjin ditemukan selamat dalam jarak dua batu nautika dari Kuala Mukah di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan berhubung kes itu daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) jam 10.19 pagi dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi kejadian.

“Maklumat awal dari MERS 999 nelayan terbabit tidak dapat balik disebabkan enjin bot rosak dengan keadaan cuaca angin kuat.

“Pasukan bomba menggunakan bot fiberglass dengan dua unit enjin 200 kuasa kuda pergi ke arah laut bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hanyut kerana masalah enjin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, usaha mencari mangsa terus dijalankan sehingga pihak bomba menerima laporan mangsa telahpun ditemui sebuah bot nelayan yang kebetulan balik ke Kuala Mukah.

“Mangsa ditemui sekitar jam 10.30 pagi dalam jarak dua batu nautika dari Kuala Mukah. Mangsa juga dilaporkan dalam keadaan selamat.

“Pasukan bomba bertindak ke lokasi bot ditemui dan mengiring bot nelayan berkenaan balik ke pengkalan . – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan