Search
Close this search box.
London telah naik sembilan anak tangga sejak tahun lalu dan kini berada di kedudukan kelapan dalam penarafan kos sara hidup di bandar oleh Mercer bagi 2024. (Foto hiasan Envato)

London tersenarai antara 10 ‘bandar termahal di dunia’

ByBernama

LONDON, 17 Jun: London telah tersenarai antara 10 bandar paling mahal di dunia untuk pekerja ekspatriat berdasarkan indeks global, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.

Bandar ini telah naik sembilan anak tangga sejak tahun lalu dan kini berada di kedudukan kelapan dalam penarafan kos sara hidup di bandar oleh Mercer bagi 2024.

Faktor seperti kos sara hidup dan harga sewa menyumbang kepada penarafan ini.

Hong Kong mengekalkan kedudukan teratas tahun ini diikuti Singapura dan Zurich, Switzerland.

Paris berada di kedudukan ke-29 dan Dublin pada kedudukan ke-41.

Indeks itu merangkumi 226 lokasi di seluruh dunia dan diukur berdasarkan 200 faktor termasuk pengangkutan, makanan, pakaian, barangan isi rumah dan hiburan.

Mercer, sebuah perniagaan Marsh McLennan menyusun penarafan ini bagi membantu majikan multinasional merancang pakej pampasan untuk pekerja.

Peningkatan kos perumahan di kebanyakan bandar di seluruh dunia telah menjadi cabaran kepada majikan, dengan trend inflasi yang tidak menentu juga memberi tekanan kepada pakej pampasan pekerja, menurut Mercer.

Berikut ialah kedudukan bandar-bandar dengan kos sara hidup tertinggi 2024 oleh Mercer

1. Hong Kong

2. Singapura

3. Zurich, Switzerland

4. Geneva, Switzerland

5. Basel, Switzerland

6. Bern, Switzerland

7. New York, Amerika Syarikat

8. London, United Kingdom

9. Nassau, Bahamas

10.Los Angeles, Amerika Syarikat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan