Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im. Foto TVS

Khemah dapur jemaah pengelola jemaah haji terbakar, tidak jejas operasi

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 17 Jun: Sebuah khemah dapur milik syarikat pengelola jemaah haji (PJH) yang menyediakan makanan untuk jemaah haji di sini terbakar, kelmarin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im berkata, kebakaran dapur di salah sebuah khemah milik PJH itu bagaimanapun berada dalam keadaan terkawal dan tidak menjejaskan operasi haji.

“Punca kebakaran masih disiasat oleh pihak berkuasa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba yang mengambil tindakan pantas dan dapat mengawal situasai dalam jangka masa pendek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu kebakaran membabitkan sebuah dapur di khemah milik PJH berhampiran kompleks Jamarat semalam.

Menurutnya, jemaah haji yang berada berhampiran kawasan tersebut juga selamat tanpa kecederaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan