Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi menunaikan ibadah korban di Sebuyau, hari ini. Foto Julaihi Narawi (FB)

Julaihi laksana ibadah korban di Sebuyau dan Sebangan

BySaibi Gi

SEBUYAU, 17 Jun: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi hari ini menyertai umat Islam di Sebuyau dan Sebangan menyambut Hari Raya Aidiladha.

Selepas menunai solat sunat Aidiladha, beliau dan menyertai penduduk tempatan menyempurnakan majlis ibadah korban di pekarangan Masjid Al-Muflihin Sebuyau sebelum menyampaikan daging korban kepada penduduk dari sekitar pekan dan kampung-kampung sekitar pekan itu.

Selesai sahaja majlis ibadah korban di situ, beliau meneruskan perjalanan ke Masjid Darul Iman Sebangan untuk menyertai penduduk tempatan dari sekitar kampung Sebangan menyempurnakan korban.

“Semangat kerjasama dan muafakat adik-kakak dan penduduk tempatan amat baik sekali di kedua-dua majlis tersebut,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Hadir sama,Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang dan Pegawai Tadbir Sarawak Tahir Putih dan Ajis Ahmad serta pemimpin kampung.

Sebelum itu, Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muflihin Sebuyau.

Solat Aidiladha diimamkan Imam Sahat Jinal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan