Search
Close this search box.
Seramai 71 orang jemaah haji Malaysia yang sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Tabung Haji di Mekah selesai melaksanakan rukun haji berwukuf di Arafah menggunakan khidmat Safari Wukuf.

71 jemaah haji Malaysia selesai sertai Safari Wukuf

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 17 Jun: Seramai 71 orang jemaah haji Malaysia yang sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Tabung Haji di sini selesai melaksanakan rukun haji berwukuf di Arafah menggunakan khidmat Safari Wukuf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata tujuan program itu diperkenalkan Lembaga Tabung Haji untuk memastikan jemaah yang mempunyai penyakit kritikal menunaikan kemuncak ibadah haji.

“Saya telah bertemu dengan beberapa pesakit yang terdiri daripada kalangan jemaah yang ada kaitan dengan jantung. Mereka ini walaupun nampak sihat tetapi sebenarnya mempunyai kekurangan seperti tidak dapat berjalan jauh, oleh yang demikian mereka dibawa masuk ke dalam program Safari Wukuf.

“Atas dasar tersebut Tabung Haji telah mengambil inisiatif untuk memastikan dengan apa cara sekalipun membawa mereka ke Arafah supaya mereka boleh berwukuf dan Alhamdulilah mereka ini telah selamat menjalani program Safari Wukuf,” kata Mohd Na’im.

Mohd Na’im berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan dan menyantuni jemaah haji Malaysia yang sedang mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Mekah di sini, malam Ahad.

Dalam pada itu katanya lagi, terdapat beberapa jemaah haji Malaysia yang menghadapi masalah kesihatan ketika bermabit di Muzdalifah ekoran bahang panas.

“Sudah tentu ada pesakit yang mengalami kesakitan khususnya melibatkan paru-paru. Pesakit ini selepas melalui ibadat wukuf di Arafah dan bermabit di Muzdalifah telah dibawa ke Pusat Rawatan Tabung Haji.

Menerusi lawatannya itu, Mohd Na’im memberitahu bahawa pasukan perubatan Tabung Haji mendapat respon positif daripada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatan.

“Saya rasa kagum dengan komitmen yang ditunjukan oleh petugas Tabung Haji dalam memastikan jemaah haji pada musim 1445H ini mendapat kebajikan yang cukup baik, kesihatan dan keselamatan mereka juga terjamin,” ujarnya lagi.

Pada tahun ini Tabung Haji telah menyediakan lapan bas khas yang diubahsuai seperti ambulan untuk mengangkut jemaah yang sakit bagi tujuan berwukuf. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan