Search
Close this search box.
Lelaki warga asing berusia 26 tahun ditahan ketika cuba mengedar dadah di pusat hiburan di Sibu. Foto Narkotik IPD Sibu

Warga asing ditahan bersama ekstasi, ketamin di Sibu

SIBU, 16 Jun: Seorang lelaki warga asing berusia 26 tahun ditahan bersama 710.05 gram dadah pelbagai jenis dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Pahlawan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu pada pukul 10.20 malam.

Katanya, serbuan itu menjumpai 18 peket plastik warna putih mengandungi campuran dadah jenis ekstasi dengan anggaran seberat 692.90 gram.

“Turut dijumpai, lapan peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal seberat 9.18 gram disyaki ketamin dan 14 biji pil ekstasi dengan berat kasar 8.07 gram,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek adalah negatif dan suspek juga tidak mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Suspek ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan,” katanya.

Jika disabitkan kesalahan, suspek akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan