Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa. Foto Fadillah Yusof (TWITTER)

TPM Fadillah ucap Selamat Hari Bapa

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.

“Sempena Hari Bapa yang disambut pada 16 Jun tahun ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk setiap insan bergelar bapa, ayah, abah, baba, papa, walid, abi, appa, apak, daddy atau apa sahaja gelaran yang digunakan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang.

“Insan hebat ini hanya mahukan keluarganya dilindungi, hidup bahagia dan sempurna walaupun dirinya terpaksa berkorban jiwa raga. Seperti juga ibu, kasih sayang setiap bapa tanpa syarat, pengorbanan mereka tanpa batas,” katanya dalam catatan di Facebook.

Hari Bapa disambut bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga.

“Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah, sentiasa berbakti kepada kedua orang tua kita, sama ada ketika hayat mereka mahupun setelah mereka tiada. Selamat Hari Bapa. Terima kasih Ayah,” kata Fadillah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan