Search
Close this search box.
Pengunjung diberi penerangan oleh kakitangan Kolej Laila Taib semasa Hari Terbuka Kolej Laila Taib di Star Mega Mall Sibu pada Sabtu. Foto TVS

Tawar pendidikan percuma, Kolej Laila Taib pergiat usaha tarik kemasukan pelajar

SIBU, 15 Jun: Kekangan kewangan bukan lagi penghalang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana Kolej Laila Taib di Sibu menawarkan pendidikan percuma di peringkat Diploma bagi anak-anak Sarawak dan mereka yang berkelayakan.

https://youtu.be/S311r0ERn2U
Kolej Laila Taib tawar pendidikan percuma, tarik kemasukan pelajar.

Pegawai Pemasaran Kolej Laila Taib, Dennis Meringgai berkata, syarat minimum bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah lulus tiga kredit sahaja serta lulus Bahasa Melayu dan Sejarah layak untuk memohon program–program di Kolej Laila Taib.

Katanya, melalui program jelajah dan hari terbuka KLT yang diadakan, orang ramai boleh mendapatkan info lanjut berkaitan pendidikan percuma dan kursus yang ditawarkan

“Kepada yang berminat untuk menyertai Kolej Laila Taib anda boleh bertanya dahulu, kalau berminat boleh daftar secara terus di sini untuk kemasukan pengambilan 24 Jun 2024.

“Kalau nak tahu dahulu tapi belum membuat keputusan boleh fikir betul-betul dan sertai pengambilan yang terakhir pada bulan November ini, kita ada tiga sesi kemasukan iaitu pada Mac, Jun dan juga November,” katanya.

Beliau berkata demikan semasa ditemui pemberita pada Program Hari Terbuka Kolej Laila Taib di Star Mega Mall, Sibu pada Sabtu.

https://youtu.be/WOB79D-z-l4
Harap penyertaan lebih ramai sambung pengajian ke Kolej Laila Taib.

Tawaran biasiswa untuk pelajar Bumiputera Sarawak lepasan SPM turut diberikan secara percuma dan tajaan tersebut merangkumi yuran pengajian serta kemudahan tempat tinggal sepanjang tempoh pengajian.

Menurutnya, selain mengadakan hari terbuka, Kolej Laila Taib juga giat menarik lebih banyak kemasukan pelajar melalui program jelajah ke sekolah-sekolah di luar bandar.

“Kami akan membuat aktiviti-aktiviti kami ke sekolah maksudnya kalau yang di luar daripada Sibu ini tak dapat datang ke Sibu tidak mengapa, kami akan datang berkunjung ke tempat anda.

“Selalunya kami akan buat perkongsian ini bukan di Sibu sahaja tapi kami akan pergi ke kawasan luar-luar bandar untuk berkongsi mengenai maklumat ini,” ujarnya.

Hari Terbuka KLT di Sibu akan berlangsung selama dua hari pada 15 dan 16 Jun bermula dari jam 10 pagi sehingga 8 malam.

Katanya lagi, bagi yang tidak berkesempatan mengunjungi Hari Terbuka KLT tersebut boleh terus ke Kolej Laila Taib pada bila-bila masa untuk mendapatkan maklumat.

Justeru beliau berharap peluang tersebut tidak disia-siakan terutamanya anak-anak Sarawak lepasan SPM dan STPM kerana Kolej Laila Taib adalah penyelesaian bagi mereka yang menghadapi kekangan kewangan.

Kolej tersebut menawarkan tujuh program diploma, iaitu perakaunan, pengurusan perniagaan, seni bina, seni bina dalaman, ukur kuantiti, kejuruteraan elektrik dan elektronik serta kejuruteraan awam dengan tempoh pengajian selama dua tahun empat bulan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan