Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyambut baik cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa guru dari Singapura untuk mengajar Bahasa Inggeris secara sukarela. Foto Muqri Aziz (TVS)

Sarawak sambut baik cadangan ambil sukarelawan ajar Bahasa Inggeris

ByMuqri Aziz

SERIAN, 16 Jun: Kerajaan Sarawak menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura di negara ini bagi meningkatkan penguasaan bahasa berkenaan di kawasan pedalaman.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, cadangan tersebut pernah dilakukan di Sarawak menerusi Peace Corps yang menawarkan khidmat mengajar Bahasa Inggeris secara sukarela.

“Banyak negara-negara luar yang mahu menawarkan khidmat sukarela bagi mengajar Bahasa Inggeris sebagai contoh Peace Corps dan ia masih lagi wujud serta lama bertapak di Amerika Syarikat (AS), New Zealand mahupun Australia.

“Mungkin ini adalah salah satu cara terbaik bagi kerajaan untuk teroka kerana kita tidak mampu untuk membayar gaji mereka jika diambil sebagai tenaga pengajar secara tetap berikutan pertukaran mata wang ringgit adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan mata wang asing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak dan Para SUKMA Sarawak 2024 Bahagian Serian di Serian Conference Centre di sini, hari ini.

Roland turut berpendapat bahawa walaupun ada sesetengah pesara guru Bahasa Inggeris mahu kembali menjadi tenaga pengajar namun rata-rata tidak mahu mengajar semula.

Sehubungan itu, program sedemikian merupakan langkah terbaik bagi memartabatkan penguasaan Bahasa Inggeris di negara ini.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim berkata, cadangan membawa tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura secara sukarela itu diibaratkan skim bantuan daripada segi diplomasi antara negara dan bukan bermaksud Malaysia mahu melantik guru Bahasa Inggeris dari republik berkenaan.

Beliau berkata, apa yang diusahakannya adalah supaya Malaysia dapat menjalin hubungan lebih baik antara negara serantau sama ada Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

Cadangan itu disentuh semasa pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong sempena lawatan sulungnya di Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan