Search
Close this search box.

Sarawak jemput syarikat Kanada perkasa sektor perlombongan emas

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 16 Jun: Kerajaan Sarawak menjemput syarikat Kanada untuk meneroka peluang dalam sektor perlombongan emas, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, pada masa ini, sebuah syarikat Kanada yang tersenarai di Bursa Saham Australia sedang meneroka potensi emas di kawasan Bau sejak 2010.

“Lombong Emas Micassa merupakan antara lombong emas terbesar dengan gred tertinggi di dunia di Kirkland, Toronto.

“Lawatan ini adalah untuk menanda aras amalan terbaik perlombongan emas, yang dikendalikan oleh Agnico Eagle Mines Limited,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dalam lawatan di Kanada itu, rombongannya diberi taklimat mengenai pengurusan kelestarian dan kriteria Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sekali gus protokol perlombongan mengenai ke arah perlombongan mampan.

“Ia merupakan program kemampanan yang diiktiraf di peringkat global yang menyokong syarikat perlombongan dalam menguruskan tanggungjawab utama alam sekitar dan sosial,” katanya lagi.

Tambahnya, semasa lawatan tersebut, rombongan yang diketuainya dibawa ke operasi perlombongan bawah tanah dan pengilangan emas, memerhati pelbagai teknik dan teknologi canggih, termasuk automasi dan pendigitalan untuk meningkatkan kecekapan, keselamatan dan kemampanan.

Untuk rekod, perlombongan emas di Sarawak mempunyai sejarah panjang sejak tahun 1800-an, yang kemudiannya dihentikan operasi pada tahun 1997, kerana harga pasaran yang rendah.

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63, dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali, Peguam Besar Sarawak, Datu Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datu Abdullah Julaihi dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Datu Lester Matthew. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan