Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap merasmikan Majlis Ngiling Bidai Daerah Gedong, hari ini. Foto Steward Dawi (TVS)

Sarawak berpotensi hasilkan 400,000 tan metrik padi setahun, guna teknologi baharu

BySteward Dawi

GEDONG, 16 Jun: Sarawak berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran padi sehingga 400,000 tan metrik  setahun pada masa akan datang dengan menggunakan teknologi baharu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bagi merealisasikan matlamat itu Sarawak telah melaksanakan program latihan yang melibatkan para petani dan golongan belia tempatan.

“Kita perlu melatih anak-anak kita menggunakan teknologi pertanian seperti Internet of Things (IOT).

“Anak-anak muda (belia) Sarawak semua pandai dan tahu menggunakan teknologi terkini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Ngiling Bidai Daerah Gedong, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dan Penasihat Jawatankuasa Penganjur, Dato Sri Naroden Majais.

Jelas Abang Johari, kawasan penanaman padi di Gedong (Lubok Punggor), Sri Aman (Stumbin, Lingga, Tanjung Bijat), Simunjan dan Lundu yang melibatkan 10,000 hektar mampu menghasilkan padi/beras sebanyak 240,000 tan metrik setahun.

“Kalau termasuk kawasan penanaman padi di Limbang dan Lawas kita (Sarawak) dapat menghasilkan padi sehingga 400,000 tan metrik padi setahun.

“Jika hasil ini menjadi kenyataan, Sarawak tidak perlu mengimport beras dari luar dan pada masa yang sama boleh mengeksport beras dan meningkatkan hasil pendapatan petani,” tambahnya.

Terdahulu, Kerajaan Sarawak sedia menyamai apa-apa pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan nisbah satu kepada satu bagi membiayai projek penanaman padi di Sri Aman.

Abang Johari berkata, Sarawak memerlukan kira-kira RM1 bilion untuk membangunkan 10,000 hektar kawasan penanaman padi yang melibatkan Stumbin, Lingga dan Tanjung Bijat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan