Search
Close this search box.
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menziarah jenazah Datin Dr Siti Zalikhah Mohd Nor, ibu kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada, Kajang hari ini. (Foto Bernama)

PM Anwar luang masa ziarah keluarga Fadhlina

ByBernama

KAJANG, 16 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa lebih sejam bagi menziarahi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang kehilangan ibu beliau Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, yang meninggal dunia pagi tadi.

Anwar yang tiba di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada, Bangi pada pukul 12.55 tengah hari ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perdana Menteri kemudian menyertai kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah yang diimamkan anak kelima Allahyarhamah iaitu Hazim Faizi Siddiq.

Turut hadir menunaikan solat jenazah ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina mengesahkan bahawa Siti Zalikhah, 75, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 9.30 pagi tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan