Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Majlis Ngiling Bidai Daerah Gedong, hari ini. Foto Steward Dawi (TVS)

Paip air akan dipasang di sepanjang jalan Serian ke Gedong – Abang Johari

BySteward Dawi

GEDONG, 16 Jun: Kerajaan Sarawak akan memasang paip air di sepanjang jalan raya yang menghubungkan Serian ke Gedong yang kini sedang rancak dalam pembinaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, setakat ini kebanyakan penduduk tempatan di kawasan itu mendapatkan sumber air bersih daripada gunung.

“Apabila kita membina jalan ini, sudah tentu kita (Kerajaan Sarawak) akan memasang paip air di jalan yang sedang dibangunkan.

“Ini bererti kawasan ini akan mempunyai banyak sumber air,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Ngiling Bidai Daerah Gedong, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Dato Sri Mohd Naroden Majais, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzruddin Abdul Rahman dan Residen Bahagian Kota Samarahan Mohd Irwan Bahari Bujang

Jelasnya, kawasan itu akan mempunyai banyak sumber air dan berpotensi untuk terlibat sama di dalam pengeluaran tenaga hidrogen.

Selan itu, Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong menyambut baik cadangan untuk menaik taraf Dewan RTC Munggu Lalang, Ulu Gedong bagi memudahkan penduduk tempatan menganjurkan majlis keramaian.

“Saya kata boleh sekiranya ada tanah atau tempat yang sesuai. Kita minta Jabatan Tanah dan Survei untuk mencari tanah,” tambahnya.

Beliau turut berharap agar projek naik taraf ini dapat dilaksanakan tahun hadapan bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada penduduk di kawasan Ulu Gedong.

“Kerajaan Sarawak bersedia untuk menyalurkan dana bagi membiayai projek ini memandangkan pendapatan Sarawak sekarang bertambah,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kerajaan Sarawak akan meningkatkan infrastruktur untuk menghubungkan Gedong dengan Serian dan Samarahan menerusi jalan berhampiran yang dibesarkan supaya perkhidmatan Prototaip Transit Aliran Autonomi (ART) dapat sampai ke kawasan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan