Search
Close this search box.
Lisa mengumumkan kemunculan semula menerusi muzik solo yang baharu. Foto Mikey Asanin

Lisa umum kembali dengan muzik solo baharu

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 16 Jun: Ahli kumpulan K-Pop terkenal Blackpink, Lisa mengumumkan kemunculan semula menerusi muzik solo yang baharu.

Lisa memberi bayangan menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya pada Jumaat dengan memperagakan pakaiannya dengan muzik latar yang disertakan dengan kapsyen, Teaser.

Buat masa ini, peminat boleh menambah lagu tersebut dengan mod ‘pre-save’ dalam laman Spotify dan Apple Music menurut laman sesawang rasminya.

Untuk rekod, Lisa telah menubuhkan agensinya sendiri LLOUD Co. dengan kerjasama RCA Records.

Sepanjang kerjayanya, beliau merupakan artis wanita pertama yang berjaya mencatat jualan kira-kira 750,000 salinan dalam tempoh seminggu pelancaran lagu solonya yang pertama, Lalisa.

Menerusi single Money, beliau juga merupakan penyanyi K-Pop yang paling lama berada dalam carta U.S. Billboard Hot 100 dan U.K. Singles Chart selain memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan menjadi artis solo K-pop pertama yang memenangi MTV Video Music Awards dan MTV European Music Awards. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan