Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang dipercayai menikam ibunya hingga maut menggunakan gunting di sebuah pangsapuri di Relau petang semalam direman selama tujuh hari.

Lelaki tikam ibu dengan gunting direman tujuh hari

ByBernama

GEORGE TOWN, 16 Jun: Lelaki yang dipercayai menikam ibunya hingga maut menggunakan gunting di sebuah pangsapuri di Relau di sini petang semalam direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata suspek berusia 40 tahun dan mempunyai masalah mental itu direman mulai hari ini hingga 22 Jun depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret di sini untuk menahan reman suspek selama tujuh hari bermula hari ini. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, seorang wanita berusia 67 tahun maut dipercayai ditikam dengan gunting oleh anak kandungnya yang mempunyai masalah mental.

Suspek yang juga anak bongsu itu dikatakan telah menghubungi abangnya kira-kira 5 petang memberitahu telah menikam ibu mereka dengan gunting.

Kejadian dimaklumkan kepada polis yang kemudiannya membuat tangkapan ke atas suspek di kediaman terbabit.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan