Search
Close this search box.
Dua masih hilang manakala tiga lagi selamat selepas sebuah bot panjang yang membawa lima penumpang karam di Rumah Panjang Apan Long Menjawah, Belaga, petang tadi. Foto JBPM

Dua hilang, tiga selamat, bot karam di Belaga

BELAGA, 16 Jun: Dua masih hilang manakala tiga lagi selamat selepas sebuah bot panjang yang membawa lima penumpang karam di Rumah Panjang Apan Long Menjawah di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu identiti dua mangsa lelaki yang hilang dikenal pasti sebagai Balavishnu Permaloo,36, dan Rhuban Apparoo,30, pekerja Syarikat Clinroom Indusrti Sdn Bhd, kedua-dua mereka berasal dari Kedah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.33 petang dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan sebuah bot panjang yang membawa lima orang termasuk pengemudi bot telah karam pada jam 4 petang.

“Tiga orang mangsa selamat manakala dua orang penumpang bot hilang dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, pihak bomba bertindak untuk mengumpul maklumat awal iaitu seramai lima orang pekerja Syarikat Clinroom Indusrti Sdn Bhd telah menyewa bot dari orang kampung untuk bersiar-siar di sekitar Jeram Menjawah yang dikemudi penduduk kampung.

“Semasa kejadian, bot yang dinaiki karam disebabkan arus deras di Jeram Menjawah. Jurumudi bot berusaha menyelamatkan kesemua penumpang namun dua orang penumpang hanyut dibawa arus deras,” ujarnya.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang ditangguhkan jam 6.30 petang tadi akan dijalankan semula pagi esok bersama agensi-agensi lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan