Search
Close this search box.
Bersempena sambutan Hari Bapa, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim meraikan hari ini bersama dengan anakanda Baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim. (Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

Agong sambut Hari Bapa bersama anakanda

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Bersempena sambutan Hari Bapa, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim meraikan hari yang cukup istimewa hari ini bersama dengan anakanda Baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Perkara itu dikongsikan Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Bah sayang anak-anak Bah. Terima kasih anak-anak Bah semua di atas ucapan dan kiriman bunga sempena Hari Bapa,” titah Seri Paduka Baginda.

Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang bapa yang menjadi pelindung keluarga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan