Search
Close this search box.
ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman melakukan simbolik perasmian Runati Athelix Sendirian Berhad di Kuching pada Ahad. Foto TVS

766 peserta sertai larian amal anjuran Runati Athelix

KUCHING, 16 Jun: Seramai 766 peserta menyertai larian amal dianjurkan Runati Athelix Sendirian Berhad bersempena dengan perasmian kedai alatan sukan.

Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Morshidi Frederick berkata, penganjuran aktiviti tersebut adalah satu bentuk usaha menggalakkan aktiviti sihat dalam kalangan komuniti.

Katanya, larian tersebut secara tidak langsung berperanan untuk menyokong pembangunan aktiviti sukan yang sedang giat diusahakan di Sarawak.

“Aktiviti yang melibatkan komuniti ini memberi banfaat kerana kalau kita lihat dari segi pembangunan sukan di Sarawak ia tidak hanya melibatkan sukan elit.

“Jika anda lihat negara-negara yang mereka telah capai membolehkan aktiviti sukan ini negara yang boleh mencipta banyak sukan Olimpik ini atau mereka semua terlibat dalam sukan contohnya Australia,” katanya.

Beliau berucap mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa Majlis Perasmian Runati Athelix Sendirian Berhad di Kuching pada Ahad.

Larian itu melibatkan dua kategori iaitu tiga kilomiter dan lima kilometer.

Peserta memulakan larian di Runati Athelix Sendirian Berhad dan berakhir pada tempat yang sama setelah mengelilingi Pasaraya E-Mart. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan