Search
Close this search box.
Acara yang telah diadakan di Theatre Hotel Kuching tersebut dihadiri oleh lembaga pengarah, pihak berkepentingan, rakan kongsi dan kumpulan produksi dan pihak media. Foto Faitullah Morni (TVS)

TVS Spotlight Gawai Kaamatan 2024 sebagai penghargaan, raikan kekayaan budaya

ByFebbright James

KUCHING, 15 Jun: TVS telah menganjurkan TVS Spotlight Gawai Kaamatan 2024 bersempena dengan sambutan perayaan Gawai Dayak dan Kaamatan di samping memupuk persefahaman silang budaya yang melambangkan perpaduan menerusi perayaan dan kesyukuran.

TVS Spotlight Gawai Kaamatan 2024 sebagai penghargaan, rai kekayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Kushairi Abang menerusi teks ucapan beliau yang dibaca Ketua Pegawai Media TVS, Mohamad Sardon Zainal memaklumkan acara itu sangat bermakna kepada TVS kerana menjadi platform untuk menghimpunkan pelbagai pihak sebagai satu komuniti bagi meraikan kekayaan budaya dan tradisi dalam kalangan komuniti di Sarawak.

Ketua Pegawai Media TVS, Mohamad Sardon Zainal mewakili Ketua Pegawai Eksekutif TVS berucap pada majlis TVS Spotlight Gawai Kaamatan. Foto Faitullah Morni (TVS)

“Ini adalah satu detik yang sangat bermakna, apabila kita dapat berkumpul sebagai satu komuniti untuk meraikan budaya dan tradisi yang kaya dalam komuniti kita.

“Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah bekerja keras menjayakan program TVS Spotlight Gawai Kaamatan 2024 ini.

Acara yang telah diadakan di Theatre Hotel Kuching tersebut dihadiri oleh lembaga pengarah, pihak berkepentingan, rakan kongsi dan kumpulan produksi dan pihak media.

Beliau turut berharap TVS akan terus berusaha dengan penuh semangat dan dedikasi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

“Marilah kita mengambil peluang ini untuk mengenang dan menghargai segala pencapaian yang telah kita capai.

“Selain itu, kita mesti terus berusaha untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Dengan kerjasama dan komitmen yang teguh, saya yakin kita akan terus maju dan cemerlang,” katanya.

Ujarnya, acara itu juga bagi menghargai komitmen berterusan TVS dalam menghasilkan kandungan yang pelbagai dan menarik sepanjang musim perayaan Gawai Dayak tahun ini.

TVS Spotlight Gawai Kaamatan 2024 telah ditaja oleh barisan rakan kongsi profesional terdiri daripada Kedai Emas Sarawak, Kek Lapis Mama Sue, Mas Wings, New York Spa, PC Image, Pepsi, Riverside Majestic dan Urban Republic.

Sementara itu, TVS menerusi kenyataan media berhasrat untuk menganjurkan acara yang bermakna setiap tahun yang melibatkan lebih banyak pelanggan, pihak berkepentingan dan rakan kongsi yang hebat.

Acara ini adalah salah satu inisiatif terbaik untuk mengukuhkan hubungan, mempamerkan pencapaian dan menyerlahkan komitmen berterusan TVS ke arah kecemerlangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan