Search
Close this search box.
Barisan penerbit dan pengarah rancangan menarik sepanjang Jun di TVS. Foto Febbright James (TVS)

TVS saji program menarik sepanjang Jun, raikan Gawai dan Kaamatan

ByFebbright James

KUCHING, 15 Jun: TVS menyajikan pelbagai program pelbagai genre yang menarik serta unik sepanjang Jun ini bersempena dengan musim perayaan Gawai Dayak dan Kaamatan.

Antara program yang disajikan merangkumi termasuklah, Project Jukebox Aram Begawai, Majau The Harvest Tale, Biak Balau, Kenyalang Badminton Talent, Lauk Ka Indai dan Halusinasi.

TVS saji program menarik sepanjang musim ini.

Projek Jukebox Aram Begawai

Penerbit Projek Jukebox Aram Begawai, Justin Jarop pada sidang media selepas acara TVS Spotlight Gawai Kaamatan memaklumkan rancangan ini merupakan program nyanyian yang memberi nafas baru kepada lagu-lagu popular satu ketika dahulu.

“Secara dasarnya, program ini mengetengahkan lagu-lagu lama yang pernah popular satu ketika dahulu dan diberi nafas baharu. Video klip dihasilkan juga baru dan bersesuaian” katanya.

Beliau memaklumkan Project Jukebox Aram Begawai boleh ditonton menerusi YouTube TVS Entertainment.

Biak Balau

Tidak hanya menyajikan program hiburan, TVS juga giat menyediakan program beunsur kebudayaan, tradisi dan warisan etnik berbilang kaum di negeri ini.

Penerbit Biak Balau, Jalot Jemat berkata, pasukan produksinya berjaya menghasilkan karya unik yang mengetengahkan warisan dan budaya etnik Bisaya di Limbang iaitu Pesta Babulang.

“Kebanyakan program di TVS yang ada menggunakan bahasa Iban atau bahasa Melayu Sarawak. Tetapi menerusi Biak Balau ini menampilkan salah satu permainan terkenal di Limbang iaitu Pesta Babulang yang kini semakin terkenal dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.

“Dari segi produksi memang mencabar berikutan kerana kami membuat pengambaran pada hari kejadian sebenar (Pesta Babulang),” katanya.

Tambah beliau, sekiranya diberi peluang untuk menerbitkan rancangan untuk TVS di masa akan datang, beliau mahu menerbitkan banyak lagi program yang mengangkat cerita rakayat dan mengetengahkan budaya dan warisan pelbagai etnik di Sarawak terutamanya yang jarang didengari.

Pelakon yang diambil memainkan watak ialah Hannsen Rodger dan Colinna Radang — anak Penan pertama yang diangkat untuk berlakon dalam telefilem.

Rancangan Animasi

Sebagai sebuah stesyen televisyen yang komprehensif, TVS turut menyajikan rancangan hiburan untuk pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak menerusi program animasi yang diterbit berasaskan gaya hidup, tradisi dan budaya etnik di Sarawak.

Pengarah Majau The Harvest Tale, Siew Chung Lee memaklumkan animasi 2D yang dihasilkan pihak produksinya mengadaptasi kisah legenda Kenyah iaitu sepasang suami isteri Balan dan Bunga yang cuba mengalahkan Roh Angin (Wind Spirit) untuk menyelamatkan kampung mereka.

“Kami telah membuat beberapa rujukan mengenai budaya Kenyah. Kami telah mencari tentang adat dan cara mereka berdoa dan sebagainya dengan seorang pensyarah iaitu Mathew Ngau.

“Jadi pasukan kami dalam produksi ini semuanya terdiri daripada anak Sarawak. Oleh itu, kami berharap agar lebih ramai lagi anak Sarawak menghasilkan animasi seperti ini atau lebih baik,” katanya.

Sementara itu, sebuah lagi karya animasi hebat ditayangkan di TVS iaitu Lauk Ka Indai yang diterbitkan oleh Rakan Animation.

“Kami membuat filem animasi 3D yang menceritkan tentang bagaimana kasih sayang seorang ibu kepada anaknya tidak kira berapa umur anaknya itu. Ibu tersebut sentiasa menganggap anaknya masik seorang budak-budak,” jelas Pengurus Produksi Rakan Animation, Raziv Ramzon.

Program Realiti TV Sukan

TVS turut menyajikan program realiti TV sukan iaitu Kenyalang Badminton Talent yang diterbitkan oleh Monaj Excel Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Urusan Monaj Excel Sdn Bhd, Mohd Najib Jaafar, program ini merupakan program realiti yang pertama di Malaysia dan TVS dengan kerejasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

“Bagi saya ini merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan bakat remaja di Sarawak dalam sukan badminton. Untuk musim pertama kami telah membuat dua sesi ujibakat iaitu di Sibu sebab kita tahu ada kelab remaja yang berpotensi menjadi pelatih.

“Kita telah mendapat finalis dan bakat-bakat daripada Majlis Sukan Daerah dan Majlis Sukan Negara. Dengan adanya penglibatan dari Kelab Nusa Mahsuri juga, kita telah mengenalpasti peserta yang terbaik,” katanya.

Rancangan tersebut memaparkan 14 orang remaja terdiri daripada enam perempuan dan lapan lelaki berentap merebut kejuaraan.

Pemenang akan mendapat wang tunai, barangan produk Sidek dan berpeluang menjalani sesi latihan intensif selama dua minggu bersama-sama dengan Datuk Misbun Sidek.

Ujar Najib, sekiranya berpeluang untuk menerbitkan siri kedua program ini, beliau berhasrat untuk mencari bakat-bakat remaja dalam sukan badminton di kawasan lain di Sarawak seperti di Miri termasuk di kawasan luar bandar.

Telemovie: Halusinasi

Dalam pada itu, TVS turut mengetengahkan rancangan dan program-program berkaitan dengan kesedaran masyarakat sama ada dalam isu kesihatan dan sosial.

Antara program yang menarik ialah sebuah telemovie lakonan mantap Michelle Lungan bertajuk Halusinasi terbitan Reelfx Studio.

Telemovie yang ditayangkan pada 15 Jun 2024, jam 8.45 malam tersebut mengisahkan tentang penhghidap Postpartum Psychosis (Meroyan).

“Ini menceritkan seorang suami yang telah berjaya memujuk isterinya untuk menerima rawatan. Oleh itu, cerita ini memaparkan bagaimana isterinya berjaya mengatasi penyakit tersebut,” ujarnya.

Semua rancangan menarik ini boleh ditonton di TVS saluran 122 Astro, MYTV, Unifi TV dan di laman web tvsarawak.my serta YouTube TVS Entertainment. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan