Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi berkunjung ke Muzium Budaya Borneo (BCM) pada Sabtu. Foto TVS

Tun Dr Wan Junaidi dan isteri berkunjung ke Muzium Budaya Borneo

KUCHING, 15 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi berkunjung ke Muzium Budaya Borneo (BCM) hari ini.

Beliau tiba sekitar 10.50 pagi disambut Menteri Perlancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isterinya, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar dan Timbalannya Datuk Sebastian Ting.

Sejurus tiba, Tun Dr Wan Junaidi dan isteri menyaksikan pameran di Ranee Artisan Gallery terbabit yang mempamerkan kepelbagaian budaya dan biodiversiti yang terdapat di Sarawak.

Seterusnya Tun Dr Wan Junaidi dan isteri turut merakam gambar kenangan bersama kakitangan muzium sebelum meluangkan masa menjamu selera di Restoran Borneo Cultures Museum di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan