Search
Close this search box.
Perarakan kali ini menyaksikan penyertaan lebih 3,300 peserta dari 111 kontinjen mewakili masyarakat Bidayuh, Iban, Orang Ulu dan persatuan-persatuan lain. Foto Douglas Elliot (TVS)

Tiga persatuan komuniti kekalkan kemenangan kontinjen pada Perarakan Gawai Dayak 2024

ByDouglas Elliot

KUCHING, 15 Mei: Kontinjen Kelab Rekreasi Pengguna dan Pengurusan Dewan Serbaguna Kampung Tematu, Kontinjen Raban Betong A dan Kontinjen Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak mengekalkan kemenangan masing-masing pada Perarakan Gawai Dayak 2024.

Ketiga-tiga persatuan komuniti itu mempertahankan kemenangan pada tahun kedua perarakan berkenaan dalam Kategori Bidayuh, Kategori Iban dan Kategori Orang Ulu.

Sementara Jabatan Pertanian Sarawak memenangi kategori Pelbagai/Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Swasta/GLC buat julung kalinya tahun ini.

Perarakan kali ini menyaksikan penyertaan lebih 3,300 peserta dari 111 kontinjen mewakili masyarakat Bidayuh, Iban, Orang Ulu dan persatuan-persatuan lain.

Perarakan tahun ini turut menarik perhatian masyarakat setempat dan warga asing yang turut membanjiri laluan sepanjang 1.2 kilometer (km) dari Bangunan Tun Jugah hingga ke Jambtan Darul Hana.

Terdahulu, Premier sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menghadiri dan merasmikan acara kemuncak tahunan bersempena sambutan Hari Gawai itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan