Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui pemberita selepas mengiringi lawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mengadakan lawatan ke Muzium Kebudayaan Borneo. Foto TVS

SUKMA 2024: Pergolakan SBA tidak jejaskan persiapan skuad badminton Sarawak – Abdul Karim

KUCHING, 15 Jun: Pergolakan dalaman membabitkan Persatuan Badminton Sarawak (SBA) tidak menjejaskan penyertaan atlet badminton Sarawak dalam temasya sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Ogos depan.

Pergolakan dalaman SBA tidak jejas persiapan skuad badminton Sarawak

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan akan terus memantau perkembangan berkenaan meskipun persatuan terbabit berdaftar di bawah bidang kuasa Persuruhjaya Sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

“Sebagai menteri bertanggungjawab berkaitan sukan saya akan menjaga pasukan badminton kita saya tidak akan sesekali membiarkan sesiapa berbuat onar sehingga menyebabkan kontigen badminton Sarawak terganggu.

“Kalau individu ini mahukan persatuan dia boleh ambilnya kerana kita tetap masih boleh menubuhkan persatuan yang baharu,” tegasnya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi lawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mengadakan lawatan ke Muzium Kebudayaan Borneo di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu Abdul Karim mendedahkan pihaknya mempunyai pelan luar jangka untuk mengatasi perkara itu bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap persiapan sukuan Badminton Sarawak berdepan cabaran pada Temasya SUKMA 2024 Ogos ini.

Bagaimanapun MYSED katanya menghormati keputusan mahkamah yang mengembalikan jawatan Presiden SBA kepada Nathan Laing Sim.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah terbabit membatalkan keputusan mesyuarat tahunan SBA pada pada 23 Julai 2022 yang dilaksanakan secara hibrid terganggu dan dipercayai tidak mengikuti perkembangan persatuan tersebut.

Ketika mesyuarat berkenaan semua ahli persatuan terbabit bersetuju untuk mengguna pakai perlembagaan persatuan yang diluluskan pada 2011 namun di pertengahan proses menunggu keputusan pengundian terdapat gangguan terhadap aplikasi zoom meeting sehingga tiada keputusan muktamad dibuat.

Gangguan terbabit membayangkan terdapat isu intergriti dalam proses berkenan sehingga menyebabkan perbalahan dalam kalangan pemimpin tertinggi SBA. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan