Search
Close this search box.
Single pertama, 'Ikaw Ang Mahal Ko' merupakan simbol dedikasi Seksitito dalam usahanya untuk merapatkan jurang persempadanan budaya.

Seksitito sedia pukau pendengar dengan debut ‘Ikaw Ang Mahal Ko’

ByAdlina Rahman

KUCHING, 15 Jun: Jarang didengari, gandingan unik tiga bahasa dalam satu lagu (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tagalog), Seksitito sedia untuk pukau pendengar dengan lagu debutnya ‘Ikaw Ang Mahal Ko’ yang diterjemahkan sebagai ‘You Are The One I love’.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Francis Five Production, label yang mewakili Seksitito berkata, Seksitito, 33, dari Kuching Sarawak, merupakan kelahiran campuran Filipina dan dia berhasrat untuk mempromosikan nilai perpaduan budaya dalam masyarakat melalui muziknya.

Bercakap mengenai single pertamanya, ‘Ikaw Ang Mahal Ko’ merupakan simbol dedikasi Seksitito dalam usahanya untuk merapatkan jurang persempadanan budaya.

“Dengan visi untuk mencipta lebih banyak muzik yang mewakili gabungan elemen Malaysia dan Filipina, Seksitito mahu menghasilkan lagu yang bersifat universal selain meraikan warisan budaya bersama kedua-dua negara,” kata kenyataan itu.

‘Ikaw Ang Mahal Ko’ merupakan lagu yang dihasilkan oleh dua pencipta lagu tempatan Jayc Panganiban dan Valerie Versace, selain dikarang dan disusun oleh Farouk Kamil.

Ia merupakan sebuah lagu untuk telemovie Sarawak ‘Kahwin Kontrak’ yang telah disiarkan di YouTube TVS Entertainment pada 19 April 2024.

‘Ikaw Ang Mahal Ko’ kini boleh didengari di semua platform penstriman digital dan muzik video rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Francis Five Production. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan