Search
Close this search box.
Buda Anchah, salah seorang peserta perarakan Gawai Dayak merupakan seorang jurulatih bina badan kebangsaan dan Vanessa Laying Masan, peserta kontinjen Sarakup Indu Dayak (SIDS). Foto Alex Teo (TVS)

Perarakan Gawai Dayak simbol penyatuan rakyat, cerminan konsep Malaysia Madani

ByRegina Lee

KUCHING, 15 Jun: Perarakan Gawai Dayak 2024 diakui menjadi medium untuk penyatuan masyarakat majmuk sekali gus menyebarluaskan konsep Malaysia Madani di wilayah ini.

Acara yang bermula jam 2 petang itu tadi berlangsung meriah dengan penyertaan komuniti tempatan yang lengkap berbusana tradisional serta kehadiran pelancong dari luar negara bagi menyaksikan perarakan para peserta bermula dari Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Tebingan Kuching di sini.

Jaguh bina badan negara, Buda Anchah, merupakan antara peserta bagi kontinjen Persatuan Etnik Dayak Asal Sarawak berkata cuaca hujan lebat tidak menjadi penghalang kepadanya menyertai acara ini, sebaliknya telah membibitkan rasa bangga.

“Acara sebegini patut diadakan setiap tahun kerana ia dpaat mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat yang berbilang etnik dan budaya. Bak kata orang, inilah Malaysia Madani,” katanya.

Berasal dari Sri Aman, Vanessa Laying Masan daripada kontinjen Sarakup Indu Dayak (SIDS) menzahirkan keterujaan terhadap kontinjennya selepas memenangi naib johan bagi kategori badan bukan kerajaan (NGO)/persatuan Iban.

“Tahun lepas kami tidak menangi apa-apa gelaran tapi tahun ini kami memenangi tempat kedua bagi kategori Iban. Cuaca tidak mengizinkan namun program tetap berjalan dengan lancar.

“Acara ini patut diadakan setiap tahun, ia dapat mengeratkan silaturrahim sesama bangsa,” katanya sambil menggayakan pakaian tradisional Iban Ngepan Rajang.

Pelancong dari Perancis, Robin Spano telah memanjangkan waktu bercutinya di Kuching demi tidak melepaskan peluang menyaksikan perarakan masyarakat Dayak berkenaan.

“Lima hari lepas, saya baru tahu mengenai acara ini, jadi saya memutuskan untuk memanjangkan waktu bercuti di Kuching.

“Saya kagum melihat kepelbagaian pakaian tradisional di sini, orang berseronok sambil menikmati momen ini dan saya berasa amat tertarik untuk menjdi sebahagian daripada acara sebegini,” katanya.

Perarakan Gawai Dayak 2024 sejauh 1.2 kilometer itu disertai 111 kontinjen melibatkan kira-kira 3,300 peserta daripada komuniti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, Kadazan Dusun daripada Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Cawangan Sarawak dan agensi kerajaan daripada setiap kementerian di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan