Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto Zaim Zharfan (TVS)

MM2H: Kerajaan Persekutuan, Sarawak perlu kaji dasar, polisi terbaik

KUCHING, 15 Jun: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak perlu mengadakan perbincangan dalam menentukan dasar dan polisi sesuai berkaitan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kata sepakat kedua-dua pihak bertujuan bagi mengatasi percangahan dasar program berkenaan yang ditetapkan di peringkat persekutuan dan negeri.

“Kita harus berbincang untuk kebaikan semua pihak kerana ia bukan hanya kerana perolehan kewangan sebaliknya ia berkaitan perkara-perkara yang memanfaatkan Malaysia secara keseluruhannya dan saya melihatnya dari aspek itu.

” Mana-mana pelancong yang datang ke Sabah Sarawak dan Semananjung termasuk perserta program MM2H apabila mereka berbelanja, hasil tersebut akan berbalik kepada hasil negara jadi mengapa kita perlu bergaduh sesama sendiri?” soalnya.

Beliau ditemui selepas mengiringi lawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi melawat Muzium Kebudayaan Borneo di sini pada Sabtu.

Menurut Abdul Karim perkara itu timbul selepas sektor perancangan yang sebelum ini bukan dalam senarai persekutuan atau senarai bersama diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan tanpa berunding dengan Sarawak dan Sabah.

Jelasnya ketika Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dibentuk perkara berkaitan pelancongan tidak dimasukkan dalam mana-mana senarai persekutuan atau senarai bersama memandangkan industri itu masih lagi baharu ketika itu.

Justeru itu ujar Abdul Karim ia secara automatik berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebelum Rang Undang-Undang mengenainya di bentangkan di dewan rakyat pada awal tahun 90-an yang meletakkan perihal pelancongan di bawah senarai persekutuan.

Tindakan itu jelas Abdul Karim bertentangan dengan semangat MA63 kerana ia dilakukan tanpa berunding dengan Sabah dan Sarawak memandangkan sektor tersebut turut memberikan kesan kepada ekonomi kedua-dua negeri berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan