Search
Close this search box.
Hujan lebat ternyata tidak melunturkan semangat lebih 3,300 peserta yang menyertai Perarakan Gawai Dayak 2024 di Tebingan Kuching. Foto Faitullah Morni (TVS)

Meski ‘hujan’ atau ‘panas’, rakyat Sarawak kekal bersatu – Uggah

ByDouglas Elliot

KUCHING, 15 Mei: Hujan lebat ternyata tidak melunturkan semangat lebih 3,300 peserta yang menyertai Perarakan Gawai Dayak 2024 di Tebingan Kuching di sini, petang tadi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memuji semangat jitu yang dipamerkan para peserta kali ini menurut beliau ia mencerminkan kecekalan dan semangat perpaduan tinggi rakyat Sarawak berhadapan dengan cabaran.

Hujan atau panas, rakyat Sarawak kekal bersatu.

“Walaupun cuaca panas dan hujan, namun semua peserta masih lagi bersemangat tinggi dan itulah semangat rakyat Sarawak selangkah kita menuju wilayah maju menjelang 2030.

“Justeru, bagi memperkukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian agama, masyarakat harus sentiasa bersatu padu dan terus menyokong kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membangunkan Sarawak tanpa mengira ‘hujan’ atau ‘panas’,” katanya kepada pemberita selepas selesai majlis.

Kata Uggah, Perarakan Gawai Dayak ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak bagi mengukuhkan lagi perpaduan antara masyarakat di wilayah ini.

“Kami ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada Premier Sarawak kerana hadir menyaksikan acara ini dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dato Sri Roland Sagah kerana telah berjaya menganjur acara ini tahun ini,” tambahnya.

Terdahulu, sebanyak 111 kontinjen menyertai perarakan sejauh 1.2 kilometer yang bermula di Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Jambatan Darul Hana itu.

Upacara ‘pisien’ daripada komuniti Bidayuh juga telah dilakukan di Bangunan Tun Jugah sebagai simbolik memohon keberkatan sebelum perarakan bermula. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan