Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri. Foto TVS

KPWKM suarakan isu kekurangan tenaga pengajar berkeperluan khas kepada KPM

KUCHING, 15 Jun: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) giat menyuarakan isu kekurangan tenaga pengajar berkeperluan khas kepada Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh negara termasuk di Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, susulan isu kekurangan tenaga pengajar tersebut menyebabkan kementerian terus memerlukan intervensi daripada pihak swasta.

Menurutnya, keadaan itu memberikan implikasi kewangan kerana kos yang perlu ditanggung bagi mendapatkan pendidikan khas swasta memerlukan kos yang tinggi.

“Sebab itulah kami menggalakkan persatuan ataupun ‘social enterprise’ seperti yang dianjurkan Lets play Theraphy ini untuk terlibat dalam menyediakan program intervensi ini.

“Pihak Kami di KPWKM juga ada memberi geran kepada mereka yang memohon dan sebab itu saya menyarankan kepada pihak Let’s Play Therapy ini untuk memohon geran tersebut daripada kami. Itu cara kami supaya mereka dapat menarik orang dan tenaga pengajar mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Minggu Pemerkasaan Autisme di Muzium Kebudayaan Borneo di sini pada sabtu.

Menurut Nancy, seramai 50,712 orang kurang upaya (OKU) berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sarawak sehingga 31 Mei tahun ini.

Daripada jumlah itu seramai 4,459 (8.79 peratus) didiagnosis sebagai autisme, manakala sebahagian daripada 724 individu OKU didiagnosa dengan ‘attention deficit hyperactivity disorder‘ (ADHD) yang juga mempunyai ciri-ciri autisme secara bersama.

Namun begitu katanya, jumlah itu tidak mewakili jumlah keseluruhan OKU di Sarawak memandangkan masih ramai lagi individu OKU dipercayai masih lagi belum berdaftar dengan JKM.

Juateru itu, beliau menggalakkan agar lebih ramai lagi OKU berdaftar dengan JKM bagi membuka lebih banya ruang untuk melatih lebih ramai tenaga pengajar berkeperluan khas di institusi pengajian tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan