Search
Close this search box.
Hasbi bersama yang lain bergambar pada Program Sambutan Hari Kebesaran Islam Hari Raya Korban, Aidiladha di Surai Darul Salehin Kampung Pelita anjuran KEMAS Limbang. Foto TVS

KKDW diminta bangunkan dua tabika dan sebuah taska di Limbang

LIMBANG, 15 Jun:  Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diminta untuk melaksanakan pembinaan dua buah tabika dan sebuah taska di Limbang seperti yang diluluskan sebelum ini selewat-lewatnya tahun depan.

Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata dua tabika berkenaan terletak di kawasan luar bandar iaitu Tabika di Rumah Lubuk Tuan dan Tabika Nanga Medamit selain taska di pejabat KEMAS Limbang.

Menurutnya lokasi tanah bagi pembinaan kedua tabika dan sebuah taska itu sudah ada dan hanya menunggu kerja pembinaan dilaksanakan bagi memberi kemudahan pembelajaran kepada kanak-kanak di kawasan terbabit.

“Kita mohon kepada kerajaan khususnya kepada KKDW supaya projek ini dapat di laksanakan tahun hadapan.

“Projek tabika khususnya di Nanga Medamit ini sangat penting kerana ia kawasan tumpuan sebagai pekan kecil Nanga Medamit dan semuanya sudah sedia termasuk lokasi tanah.

“Saya berharap ia dapat diluluskan oleh kerajaan dan dpt dilaksanakan dan diluluskan untuk projek tahun hadapan dengan harga baru itu,” katanya.

Timbalan Menteri Pengangkutan itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Sambutan Hari Kebesaran Islam Hari Raya Korban, Aidiladha di Surai Darul Salehin Kampung Pelita, pada Sabtu.

Kemudahan tabika dan taska itu tegas Hasbi amat penting bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak khususnya di kawasan luar bandar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan