Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak di Sibu merampas sejumlah 1,000,000 batang rokok pelbagai jenama dan 894.96 liter minuman keras disyaki tidak berkastam dengan anggaran nilai RM898,581.61 termasuk duti dan cukai. Foto Envato

Kastam Sibu rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM898,000

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 15 Jun: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak di Sibu merampas sejumlah 1,000,000 batang rokok pelbagai jenama dan 894.96 liter minuman keras disyaki tidak berkastam dengan anggaran nilai RM898,581.61 termasuk duti dan cukai.

Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya berkata serbuan dan pemeriksaan telah dilakukan oleh sepasukan pegawai penguatkuasaan JKDM Sibu pada 29 Mei lepas, pada jam 11.55 malam di sebuah rumah teres dua tingkat tidak bernombor di Lorong Kong Yit Khim, Sibu.

“Semasa pemeriksaan dilakukan keatas rumah berkenaan, tiada sesiapa yang berada dirumah tersebut dan pasukan telah menunggu hampir satu jam namun tiada individu yang tampil mengaku sebagai pemilik barang larangan tersebut.

“Jumlah anggaran nilai rampasan bagi rokok dan minuman keras tersebut adalah sebanyak RM205,369.76 yang melibatkan anggaran jumlah duti dan cukai yang terlibat adalah sebanyak RM693,211.85. Jumlah nilai keseluruhan barangan termasuk duti dan cukai adalah sebanyak RM898,581.61,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya lagi, modus operandi sindiket adalah menyimpan dan menyembunyikan barang larangan berupa rokok dan minuman keras yang disyaki tidak berkastam di dalam sebuah rumah kosong dipercayai dijadikan stor simpanan barang tersebut sebelum diedar kepada pelanggan disekitarnya

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 di mana jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak JKDM menyeru orang ramai untuk membantu memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan