Search
Close this search box.
Penaung Teratak Kasih Tok Nan, Datuk Amar Jamilah Anu merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir di Teratak Kasih Tok Nan di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

HIV bukan penamat, penghidap digalak sertai aktiviti motivasi – Jamilah

KUCHING, 15 Jun: Individu yang disahkan menghidap penyakit Human Immunodeficiency Virus (HIV) harus memiliki keazaman untuk memperbaiki diri serta berusaha menyertai aktiviti yang menyuntik motivasi agar lebih positif menjalani kehidupan.

Penaung Teratak Kasih Tok Nan, Datuk Amar Jamilah Anu berkata kesedaran tentang memberikan semangat yang positif terhadap sesama manusia wajar dipergiatkan agar orang ramai lebih peka tentang pesakit yang sering mendapat stigma negatif daripada masyarakat.

Menurutnya, melalui bakat dan kudrat yang ada maka jangan membataskan keupayaan diri namun jadikan kekurangan sebagai satu kelebihan.

“Apabila kita tahu sedikit sebanyak kekurangan diri, kita berusaha jangan harapan kita hanya berdoa namun perlu berikhtiar buat sesuatu.

“Kuasa berkenaan adalah semua di tangan tuhan tapi tuhan juga membuatkan kita lahir di dunia oleh itu kita memiliki akal yang baik mesti berfikir bahawa itu bukan penamat,”  katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Majlis Penanaman Pokok di Teratak Kasih Tok Nan di Kuching pada Sabtu.

Bercakap berkaitan program hari ini,  Pengerusi Teratak Kasih Tok Nan, Dr Ruziana Miss berkata aktiviti penanaman pokon itu bertujuan untuk memberikan harapan sekali gus perkongsian yang positif dari pelbagai aspek terhadap penghidap HIV menjalani kehidupan dengan lebih bersemangat.

Jelasnya, penglibatan daripada agensi kerajaan telah sedikit sebanyak memberikan maklumat yang bermanfaat untuk golongan tersebut mengisi kehidupan harian mereka.

“Hari ini sebenarnya aktiviti kita lebih kepada untuk memberi harapan kepada orang hidup dengan HIV jadi bersama-sama dengan kita juga pada hari ini adalah beberapa pesakit yang orang hidup dengan HIV yang sedang menjalani rawatan.

“Selain daripada memberi harapan, pengisiannya adalah kaunseling sesi kumpulan sasaran dengan kaunselar kebanyakan daripada jabatan dan juga kita menjemput daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk membantu kita menanam pokok bunga sebenarnya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan